Wednesday, April 18, 2012

Puding Roti (Bakar)

Saat saya sedang menulis entry ini, aroma puding roti dari dalam oven menusuk hidung..laparnya..Resepi kali ni saya google juga..macam biasa..resepi paling simple dan senang dan nampak sedap..itu yang saya  try..jom tengok resepi..gambarnya tunggu dulu ya..oven belum bunyi 'TING' ;)

Bahan2 :

  • 7 keping roti
  • Sedikit butter
  • 3 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • Kismis (saya guna 3 biji kurma-dihiris)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Brown sugar
Cara2 nya :
  1. Panaskan oven 175 darjah celcius
  2. Sediakan loyang. Sapukan loyang dengan butter.
  3. Sapukan juga butter disetiap keping roti. Sebelah sahaja.
  4. Potong roti kepada 4 bahagian dan letakkan ke dalam loyang. Taburkan kismis ataupun kurma.
  5. Pukul telur bersama gula hingga kembang. kemudian campurkan susu cair.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang. Biar seketika agar roti menjadi kembang.
  7. Akhir sekali taburkan sedikit brown sugar supaya puding roti garing dibahagian atas.
  8. Sedia untuk dimasukkkan ke dalam oven.
Nak tengok tak rupa puding roti yang dah siap??..hurm..wangi baunya..rupa dan rasa belum tentu lagi..








-







-





-






-



Tada...
 Puding yang garing dibahagian atas..
lembut di tengah..

Secara jujurnya..rasa memang superb..thank you tuan empunya resepi..tapi..rupa belum boleh jual..puding ni sesuai dimakan begitu sahaja ataupun bersama sos vanila, ataupun ice cream..selamat mencuba ya..saya sudah..anda bila lagi...macam iklan daa..

Tuesday, April 17, 2012

Jadual

Seronak kan kalau ada pembantu macam Merlin..tak pun macam Mike Ross dalam 'Suits'..Oh! jatuh tangga cinta I..bukan apa..saya tak bermaksud nakkan pembantu hensem atau jelitawan..tapi cukup la kalau ada pembantu yang ada 6 senses..hehe..mengarut! common sense paling penting..its more than enough!

Saya kira kerja saya sangat banyak kalau dipikul sendiri..tapi belum cukup banyak untuk dipikul berdua..Jadi saya decide untuk tidak mengambil pembantu buat masa sekarang..Dan disebabkan saya tak ada pembantu sebegitu..maka terpaksalah saya organize sendiri dengan sendirinya sendiri..
Maleque's Family Time Table

Saya telahpun buat satu jadual yang akan saya ikut..saya lekatkan pada fridge supaya semua orang boleh tengok..Ia adalah rutin yang selalu saya buat..dari pagi hingga ke malam..Saya harus tamatkan masa 'sedar' anak2 saya pada pukul 9.30 malam atau kurang kerana saya amat diperlukan dihadapan komputer hingga 11.30 malam yakni sehingga suami saya pulang dari kedai..kadang2 terlajak juga..

Yang membuat saya teruja denbgan adanya jadual ni adalah dengan adanya family time together..ada outdoor time..setiap hari kami sekeluarga mencuba aktiviti yang berlainan..mungkin juga akan melawat tempat2 riadah yang berbeza setiap hari..seronak kan..hari ni taman tasik shah alam..esok dataran putrajaya..lusa taman klcc..hehe..mimpilah kamu! Kalau ada masa tak salahkan..

Baru 2 hari hidup berjadual..hidup terasa ter'organize'..Semoga rutin yang baik akan menjadi tabiat..tabiat yang baik boleh membentuk peribadi yang baik juga..InsyaAllah..


Saturday, April 14, 2012

Promo: Dental surgery~

Entry ni rupanya termasuk dalam draft..ceh..update juga la kan walaupun dah hampir 2 bulan yang lepas..

Dengar macam serius je kan..tapi sebenarnya biasa je..tapi nak jugak tulis kat sini mana la tau kan ada yang nak buat dental surgery tapi dok takut2 macam saya sebelum ni..dengar je surgery dah ngilu rasa..dah terasa sakitnya..saya buat surgery ni di Klinik Pergigian Dr Nagarani..kat seksyen 9, shah alam..belakang McD..

Sebenarnya saya suka sangat dirawat disini..kalau saya cakap tak sakit percaya tak? tapi memang betul tak sakit..saya tunggu juga rasa sakit itu..bersedia..sebab doctor bagitau awal2 bila ubat bius hilang akan ada rasa sakit..kepala pun akan terasa berat..ya memang betul..bila ubat bius hilang..kepala berat sangat..bahagian gusi terasa sakit sedikit..tapi still ok..tak sesakit yang saya bayangkan..

Kalau ada plan nk buat dental surgery..boleh la datang sini..patient tak berapa ramai..selalunya tak payah appointment pun..fees normal..sama macam tempat lain jugak..Yang pentng jangan takut..selawat syifa' banyak2..Good luck!

11.04.2012 : Wake up call !!

11 April 2012..
Tengahari hari tu saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari suami mengatakan yang beliau kemalangan..jantung saya bagai direntap..
"U ok ke? kat mana sekarang? eksiden dengan apa?" semua saya tanya..

Rupanya kereta suami saya dilanggar oleh motorsikal dibahagian tayar hadapan sebelah kiri..yang trajiknya motorsikal tersebut terlekat pada kereta suami saya dan terseret beberapa meter..ngeri!!
Penunggang motor tu cedera agak parah dan pembonceng selamat dan cedera ringan..Suami saya berhentikan kereta dan bawa mereka ke klinik berhampiran..

Sampai di klinik kelihatan luka yang sangat dalam akibat seretan..seluar jeans yang dipakai penunggang tersebut juga koyak..dagu dan kakinya perlu di x-ray..lukanya dijahit..kesan calar merata2..erhgh..tak terbayang sakitnya..

Suami saya perlu menguruskan hal yang lebih penting dan tidak dapat menunggu mereka selesai dirawat..Tapi sebelum meninggalkan mereka, beliau memberi RM300 kepada mereka untuk fee rawatan serta menukar no telefon masing2..Dalam keadaan hati yang terkejut suami saya memandu menguruskan beberapa perkara sebelum pulang ke rumah.

Selesai makan nasi di rumah suami saya keluar semula untuk buat laporan di Balai Polis. Beliau masih terbayang2 keadaan penunggang motor itu. Kasihan. Itu yang boleh diungkap. Walau kereta sendiri kemek dilanggar, dia langsung tidak tergamak meminta pampasan dari mereka.

Sebelah petangnya pula dikejutkan lagi dengan gegaran dan ancaman tsunami. Kiranya terkejut berkali2 lah hari tu..

Itu peringatan dari Allah sebenarnya..Dia memberi peringatan kepada hambanya dengan cara menarik balik nikmat keselesaan yang ada..

"Kita Malaysia ni untung..terletak betul2 pada garisan khatulistiwa..tak ada bencana..tak ada gempa bumi"
Pernah dengar kan?? Salah..Bila Allah kata KUN FAYAKUN..tak ada sapa berhak bersuara..tak ada siapa boleh menghalangnya..

"Gaji aku campur gaji suami dekat RM10k sebulan..cukup..lebih dari cukup..anak 2 orang ja.." (contoh)
konon selesa sangat lah kan..

Tapi kadang2 kita tengok orang bergaji ciput saja..anak2 ramai tapi cukup pun untuk makan sekeluarga..yang bergaji besar anak 2 orang tapi tak sampai hujung bulan dah kering..
Ada juga yang dapat gaji sama banyak..anak sama ramai..tapi sorang tak ada masalah..lancar saja hidupnya..yang sorang lagi kejap2 handfon hilang..beli baru..kejap2 kereta rosak..hantar repair/service..ada saja yang tak kena..duit banyak pun terasa tak cukup..

Nikmat keselesaan yang ada kadang senyap2 ditarik balik..

"Aku tak boleh makan yang manis2 dah..aku diabetes.."
Nikmat makan ditarik balik..zasss!

"Bulan ni dapat bonus tapi tak boleh pegi holiday..mak nak pakai duit.."
Zass..ditarik..itu rezeki mak kau..

Penting untuk kita muhasabah diri..tengok apa yang kurang..check balik apa yang kita cakap..apa yang kita makan..apa yang kita buat..apa yang kita fikir..apa yang ter..terambil barang orang ke..terbawa balik harta ofis ke..tercuri tulang ke..harta bersih tak..zakat bayar tak..yang tak elok sebenarnya dari kita sendiri..bukan dari orang lain..ubah diri kita..bila kita ok..positif..orang akan pandang kita positif..dan hanya positif things yang akan datang pada kita..

"Ala..dah takdir nak buat macamana..??"
 kita boleh ubah takdir what?? dengan usaha dan doa..yang penting keep on being positif ya..InsyaAllah..

Lara Weekend


Puisi lara hati..
Lautan mana yang tidak bergelora..
Bumi mana yang tak ditimpa hujan..
Pokok mana yang tidak bergoyang..
Sungai mana yang tiada arus..
Langit mana yang tidak mendung..
Mata mana yang tidak berair..
Perut mana yang tidak berkeroncong..
Kepala mana yang tidak pernah pusing..
Gigi mana pula yang tidak pernah digigit lidah..

Selamat berhujung minggu..
What a _______ weekend!!
(Sila isi tempat kosong berdasarkan puisi diatas :)

Wednesday, April 4, 2012

Bawang RM2 ~ makan bersama..

Baru2 ni saya terbaca kisah 'Bawang RM2' di Majalah ANIS (cover Dr Irfan Khairi & isteri) yang ditulis oleh seorang editor berdasarkan pengalaman ibunya mungkin..tapi ianya sangat terkesan dihati saya..

Kisahnya lebih kurang begini.. "Ada seorang isteri (surirumah mungkin) diberi wang belanja oleh suaminya untuk kegunaan keperluan diri sendiri..pada suatu malam beliau ke pasar malam dan telah membeli bawang RM2 dengan wang tersebut..apabila pulang ke rumah beliau lalu memberitahu suaminya..lantas suaminya bangun dan mengambil RM2 dan dipulangkan semula pada si isteri..Lalu si isteri menolak dengan baik kerana baginya tidak salah membelanjakan wang tersebut untuk kegunaan isi rumah.."

Faham tak? Macam buat karangan pula kan..
Seorang suami yang sangat bertanggungjawab memperuntukkan sejumlah wang untuk isterinya berjimba..bershopping sakan..dan jika isterinya itu terbeli barang keperluan rumah suaminya akan menggantikan semula wang tersebut..seronok kan?? Isteri yang berkerja boleh praktikkan begini kerana suami WAJIB memberi nafkah kepada isteri..tetapi isteri yang berkerja SUNAT membantu suami..

Suami saya pernah beberapa kali menegur..
"Ambil mana udang ni?? u cakap udang dah habis.."
"Sotong ni u beli kat mana?"
"U beli ke pisang nih?? pisang jenis ni tak sedap..kalau nak beli apa2 bagitau I..nanti i belikan"

Saya tak berapa faham mulanya..saya kira asalkan saya yang beli pasti ada 'persoalan' dan komen memanjang..setelah saya baca kisah bawang RM2 baru saya faham..mungkin dia kurang gemar saya membelanjakan wang saya untuk kegunaan isi rumah..kerana baginya itu adalah tanggungjawabnya..

"U jaga anak2, masak n jaga rumah..cukup..yang lain biar i buat!!"

Suami saya punya pendekatan berbeza..dia menyediakan satu tempat simpanan dimana saya boleh ambil wang dari situ untuk membeli apa saja..barang keperluan diri ke..keperluan anak2 ke..hatta keperluan dirinya sendiri..dengan syarat belanja dengan berhemah..Itu lebih mudah pada saya..akan tetapi jika saya berminat untuk membeli barangan yang lebih berharga saya lebih selesa membeli bersama suami..

***********

OK..ada satu lagi entry yang saya baca dari blog 'kereta mayat'..katanya antara sebab kebanyakan pasangan yang bercerai adalah kerana membiarkan suaminya makan sendiri, tidur sendiri, segala-galanya sendiri..
Suami makan sendirian kedengaran sangat remeh bukan..tapi katanya ia teramatlah BAHAYA..

copy paste dari blog kereta mayat :
"Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.
Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!"
Harap perkongsian saya hari ni memberi impak ataupun 'eye opening' kepada isteri yang berkerja diluar atau berkerja di rumah..tak apa kalau tak sempat masak..makan lauk kedai pun tak kisah..janji makan bersama..lebih kerap kita dekat dengan suami..lebih akrab perhubungan..jika lebih banyak aktiviti kita lakukan bersama saya pasti ketiadaan kita sangat2 dirindui suami..