Friday, March 30, 2012

Birthday Budget..

Semua maklum entry sebelum ni tentang ulangtahun kelahiran puteri saya..Jadi pada hari tersebut saya adakan sedikit jamuan makan2 untuk lebih kurang 30 orang tetamu..saya terfikir nak post birthday bajet kat sini sebab saya sendiri susah nak dapat tips dan bajet jamuan makan yang simple..kebanyakan blog/website yang saya kunjungi terlalu mewah..dan rasanya banyak benda yang tak diperlukan pun..usah buang masa menaip lagi..jom tengok budget..

Menu :
  • Set Nasi Bukhara Ayam/Kambing + Acar + Kari telur by Syed Bistro (RM10 - RM12 per pax)
  • Kek Pecan Butterscotch (RM70++)
  • Spagetthi + Sos + Sosej - masak sendiri (RM20)
  • Apam polca dots (100 biji RM25)
  • Ayam goreng kentucky - goreng sendiri (RM20)
  • Agar-agar - buat sendiri (RM5)
  • Buah-buahan - campur (RM20)
  • Minuman (RM10)
Hiasan :
  • Belon (RM20)
  • Alas meja (RM20)
  • Paper hat (RM0.70 satu)
  • Banner HAPPY BIRTHDAY (RM15)
OK..yang tersenarai kat atas tu adalah bajet yang saya buat untuk Nuha..kalau nak tambah goodie bag ke..keropok ke..coklat atau gula2 ke..boleh..ikut selera dan bajet masing2 la kan..tapi kalau boleh keropok dan gula2 elakkan lah..tak bagus untuk kanak2..
Bab hiasan pula cukuplah dihias dengan belon pelbagai warna dan rekabentuk..kanak2 pasti suka..
yang paling penting makanan sedap..tetamu pulang kekenyangan..dan tuan rumah puas hati..
Tepuk perut, seluk poket, tanya selera!!

 Rasulullah SAW bersabda :
“Wahai manusia, sampaikanlah salam, BERIKANLAH MAKAN dan solatlah di waktu malam pada waktu orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga.”

So, jangan terlalu berkira..beri orang makan besar ganjarannya tau..tak semestinya birthday party saja..belanja kawan pun kira beri makan juga kan..selamat berkongsi tips dan selamat beramal..

Selamat Ulangtahun Bidadariku..


"Wajah yang comel milik si gadis comel..
Mata yang cantik milik Nuha Abdul Maleque!"

Antara bait lagu yang selalu saya dendangkan pada Nuha..hihi..merapu2 ;)

24.3.2012 yang lalu..genap umur Nuha Sumayyah Md. Abdul Maleque satu tahun..
sekejap je masa berlalu..pada masa yang sama juga genap setahun Nuha menyusu badan..satu pencapaian peribadi untuk saya..(tepuk bahu!)

Setahun yang lalu..kelahiran Nuha saya nyatakan sebagai doa yang dimakbulkan Allah..dan sebagai ibubapa yang diamanahkan anak ini, akan saya dan suami semainya dengan keimanan, bajai dengan nilai2 Islam serta siraminya dengan ketaqwaan dan kasih sayang..agar kelak akan tumbuhlah sekumtum bunga yang mewangi serta mengharumi seluruh hidup ini..

Selamat Ulangtahun Nuha..
Langkahmu baru bermula..
akan mama dan abu pimpinmu..
sehingga kamu mampu berlari mengejar pelangi..
sehingga kamu mampu terbang menari di awanan..
sehingga kamu mampu menggapai bintang..
sehingga kamu mampu berdiri teguh dengan sendiri..
dan sehingga bidadari menjadi permaisuri..

Love,
Mama, abu dan abang..

Thursday, March 1, 2012

U/P: Pengirim Emel!

Kepada kamu si pengirim emel..


"Jangan susah hati..itu IMPIAN saya..saya tulis impian itu di BLOG saya!"

"Jangan sakit hati..saya cuma dapat apa yang saya mahu TETAPI saya belum jadi seperti apa yang saya mahu!!"

"Cita-cita saya masih jauh..masih tinggi untuk digapai.."

"Syukurlah kamu menjadi seadanya..syukurlah kamu dengan apa yang kamu ada.."

"Lihatlah kebaikan dan kelebihan diri kamu sebelum melihat dan menilai orang lain dengan melulu.."


..daripada saya si penerima emel!