Sunday, October 30, 2011

Udang Kunyit ~ bangla style~

Masakan ni saya belajar dari kawan encik suami semasa kami dinner kat rumah dia hari tu..sangat sedap..jadi hari ni saya try la masak untuk family..memang jadi..encik suami makan sampai licin pinggan..ok..jom tengok resepi..

Bahan utama of course la udang..ikut suka hati la nak banyak mana tapi yang saya masak ni untuk 2 orang makan 2 kali..so 2x2=4 la..hihi..makan tengahari sekali dengan makan malam..

tomato + terung saiz sederhana
bawang besar + garlic..dan 1 st serbuk kunyit + 1 st rempah udang..

Cara-cara nak masak senang ja..tumis bawang yg dihiris tu sampai naik bau..masukkan serbuk kunyit dan rempah..tambah sedikit air..kacau sampai pecah minyak then masukkan tomato dan terung..kacau sampai layu..akhir sekali masukkan udang..jangan masak udang terlalu lama nanti udang jadi keras..masak lebih kurang 30 saat cukup..tutup api dan boleh hidang..simple dan sedap..cuba try ok..

Rahsia Bulan Kelahiran!

JOM JENGUK RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI : Ayah saya!

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC : Nuha!

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI : Idan (Adik No.5)

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN : Encik suami!

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS : Amin (Adik No.3)

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER : Saya, Mak dan Habib!

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER : Ikram (Adik No.4)

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER : Iman (Adik No.2)

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Wednesday, October 26, 2011

Tragedi Oktober~

Isnin lepas (24/10/2011) kami dikejutkan dengan panggilan dari pekerja yang mengatakan kedai Asam & Jeruk di Semua House dirompak..berderu darah saya..ini kali pertama kedai kami dirompak...pintu kabinet dipecah..wang kertas lesap..
yang tinggal hanya duit syiling..

Syukur tak ada kerosakan teruk..encik suami dah buat laporan di Balai Polis Dang Wangi..kami harap sangat kejadian seperti ini tak berulang lagi..terfikir juga..zakat apa yang kami terlepas pandang??

Saturday, October 22, 2011

Sangat cute!!

Entry yang sangat cute..nak post juga buat kenang kenangan..

Cuba teka..ini apa?? train?? bukan train..tapi buku!! Cantik kan buku ni..buku yang boleh jalan..

All of board!! Chaga chaga choo choo!!

Sambil main boleh membaca..
Ada macam2 jenis..buku ni untuk Habib dan Nuha juga..buku paling unik yang pernah kalian ada..Selamat membaca sambil bermain..Mama sayang kalian berdua..

Selamat Hari Kanak2 Sedunia!

O sing children of the world..
Come together and hear the call..

Sing children of the world..

ISLAM

..will unite us all..

Subhanallah..Walhamdulillah..Wallahu Akhbar!!


-Sing Children of The World by KIDS of SA

Monday, October 17, 2011

Kisah Keluh Kesah!

Bismillah..
Alhamdulillah..banyak sungguh kerja kebelakangan ni..rezeki..syukur..mana nak uruskan pendaftaran PATI..passport dan permit pekerja...design kiosk/stall baru..EPF, SOCSO dan of course la kerja makin banyak jika kedai bertambah kan..so website Asam & Jeruk terpaksa hold dulu la nampaknya..dan yang paling mencabar buat masa ni adalah apabila pekerja yang kami harapkan cabut lari pula..pening..pening..dulu semasa jadi pekerja saya tak pernah terfikir betapa saya sangatlah penting dan amatlah diperlukan oleh majikan..boleh pula sesuka hati nak cuti la..nak berhenti la..sekarang rasa la sendiri apa perasaan bila pekerja dah lari..huhu..


Di kedai aquarium..tengok ikan..


Playground R&R

Saya belum sampai tahap stress lagi..tapi elok juga kalau boleh ambil angin luar sekejap..angin IKEA ke..angin SOGO ke..ye la ..dah lama rasanya tak pergi shopping..atau jalan2 kat shopping complex yang selalu kami sekeluarga buat..kalau setakat masuk shopping complex tu memang hari2 la kan sebab stall Asam & Jeruk dalam shopping complex..maksud saya lama tak berjalan2 sefamilia..makan2..ronda2..may be it is the price that we have to pay kot kan..sabar dulu buat masa sekarang..


computer station Habib..

Hari2 saya berlalu macam biasa..pc on lebih 12 jam setiap hari..tv lagi..rasa bersalah pula kat Habib sebab sekarang ni saya dah kurang buat aktiviti dengan dia..asyik tengok tv ja..
Habib sekarang dah pandai pegang ‘mouse’..boleh klik sendiri..kadang2 tersasar jugak la..dah pandai main game online..pandai jugak request lagu kalau tengok saya buka Youtube..pandai lukis/conteng kat Paint..asyik suruh saya lukis dan dia nak padam saja..

Nuha dengan biskutnya..

Nuha pula dah hampir 7 bulan..dah pandai mengesot laju ke depan..sekejap2 reverse ke belakang..berpusing..kemudian bergolek..dah boleh angkat bontot..sikit hari lagi nak merangkak pula..seluruh pelosok rumah dia dah jelajah..apa yang menarik perhatian dia terus ja laju nak capai..nampak gaya macam nak pandai duduk..lambat sikit dari Habib..Habib dulu seawal usia 6 bulan dah duduk tegap..tak apa Nuha..lambat atau cepat bukan penentu sebuah kejayaan..yang penting terus mencuba dan terus explore benda baru ok..Cukup la menulis kali ini..jumpa lagi nanti sekian..

Thursday, October 13, 2011

Habib demam!

Semalam Habib dah start demam..kesian dia..sensitif betul..kena hujan sikit pun tak boleh..kena panas terik pun tak boleh..demam cepat ja datang..


Hari ni saya dan encik suami cepat2 bawa Habib pergi DEMC..nak jumpa Dr Kushi, doctor yang selalu rawat Habib dari kecil..tapi doctor tak ada pula..ye la tak buat appointment kan..just walk- in ja..so kami jumpa Dr Iftikar Ahmad..Dr Ahmad pun ok..sangat lembut dengan kanak2..soft spoken..tapi Habib la macam takut sikit sebab tak kenal kan..kalau dengan Dr Kushi dia ok ja sebab dia dah kenal dan dia cakap Dr Kushi tu kawan abu (encik suami)..


Tadi Dr Ahmad check semua ok..cuma demam sikit..(37.4) so dia suruh test darah..saya dan encik suami ikut ja sebab sekarang memang banyak kes denggi kat tempat kami ni..



Alhamdulillah..Habib Cuma demam biasa ja..Dr Ahmad bagi ubat makan ja sebab demam dia tak berapa tinggi..tapi saya minta juga ubat bontot..sebab saya (ibunya) really know my kids more than anyone else in the world even the doctor..saya tahu Habib takkan makan ubat demam..atau ubat apa2 pun time badan tak sihat..kalau dipaksa nanti dia muntah pula..


Sebelum tidur, saya mandikan dia..supaya badan tak panas..pakaikan stoking dan diaper ja..biar dia terdedah sikit dengan aircond..tak payah selimut..supaya panas2 dalam badan cepat keluar..
Saya check suhu badan dia..dah naik lagi..(38.7) Dr Ahmad ada pesan kat saya tadi kalau demam dia naik tinggi baru masukkan ubat bontot..mujur la saya request..
Ini dia ubat bontot..risau juga saya nak buat..tapi senang ja sebenarnya sebab ubat ni licin macam sabun..Mama doakan Habib cepat sembuh..Mama tak risau Habib demam..yang buat mama risau Habib tak nak makan..itu ja sebab mama sayang Habibullah!

Tuesday, October 11, 2011

Falling In Love by Dato' Siti Nurhaliza~


Once in a lifetime…
and your sweep took off your feet
and everything I've touched dissolve itself before my eyes

you’re taking me higher when I hear you speak to me
this is so familiar but I'm caught up in this fantasy,

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream

you’re taking me higher when I hear you speak to me
I’m trying to tell you that I will never won’t to let you go

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Over and over again because I’ll let my mind
You give me something in you to believe in
Come to take me away…

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Monday, October 10, 2011

Logo~~

Logo Asam & Jeruk!!
Logo Asam & Jeruk dalam Harian Metro..Sungguh terharu!! walaupun logo tu kecil saja tapi besar maknanya pada saya..



Pagi yang Indah!

Indahnya pagi..
Indahnya hari..
Indahnya kopi..
Indahnya roti..
Indahnya Ally..
Indahnya Mickey..
Selamat Pagi!!
(read as bangun pagi..minum kopi..makan roti..tengok TV!)

Tuesday, October 4, 2011

Bubur Nasi Nuha..

Hijau : Brocoli ~ Oren : Carrot

:) Assalamualaikum..

Hari ni saya menulis resepi solid food Nuha yang telah saya janjikan tempoh hari..tak susah sebenarnya nak masak..Rendam beras selama 15 minit kemudian masak bubur seperti biasa..biarkan kosong..jangan tambahkan sebarang perasa.. Sediakan buah kurma dan badam..Blender kuma + badam sampai halus..saya khaskan blender di atas untuk makanan baby sahaja..bukan blender bawang atau cili ya..Kemudian tapis dan masukkan ke dalam bekas kecil cukup2 untuk bayi makan sahaja..sejukkan terlebih dahulu..

Bubur nasi + buah kurma + badam


dan bekukan ke dalam freezer..bila nak makan cuma panaskan saja..mudah kan??
Saya juga sediakan carrot dan brokoli (seperti gambar paling atas) untuk Nuha..Setiap hari Nuha akan rasa makanan yang berlainan dengan tekstur yang berbeza.

Sedapnya..Nuha suka makan bubur nasi berbanding makanan lain..


Selamat mencuba!